BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kaka

Kaka

Real Madrid

Real Madrid

Monday 10 August 2009

Suratan atau Kebetulan

Suratan atau kebetulan? Hmm.. Memang susah nak kita jangka apa yang berlaku dlm hidup ni. Lain yg dirancang, lain yg jadi. Macam blog aku ni, asalnye saje2 je nak try, sudahnyer naik syok lak berblogging.

Blog yg aku buat ni aku rasa tak lebih daripada sekadar suka², syok sendiri, luahan hati dan bukanlah bertujuan mencari populariti atau menaikkan rating supaya ramai pelawat dengan tak tentu fasal. Cukuplah sekadar mengisi masa terluang dan sekadar tempat utk meluahkan rasa hati dan berkongsi pengalaman hidup dengan sesaper ajer yg mungkin mengalami nasib yg serupa dgn diriku ini.

"Sesuatu yg tak disangka, seringkali mendatangi kita.." Ya, tak dinafikan memang puitis betul lirik pertama lagu ini. Hinggakan aku tak tahu sesuatu yg dtg dlm hidup aku ni adakah ia satu anugerah atau satu dugaan? Adakah ia untuk menguji sejauh mana keimanan aku, sejauh mana ketabahan aku atau sememangnya satu anugerah yg perlu aku terima dan pelihara sebaik mungkin.

Mungkin ada antara kita pernah menjadi tempat persinggahan insan lain yg terluka yg ingin mengubati luka cinta lamanya. Lalu dengan penuh harapan dan hati yg redha, kita sudi utk menjadi sang pengganti utk mengubat luka lama seseorang. Namun, setelah kita ubati luka di hati insan itu, setelah kita berkorban sepenuh jiwa raga dan harta, setelah kita curahkan kasih syg yg tak terhingga; insan itu mempermainkan kita, mengkhianati kita, tidak hargai kesetiaan kita malahan sanggup memuji² dan mengingati dan menyebut² nama bekas kekasihnya di hadapan kita.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan


Aku cuma berpesan pada diri ini dan sesiapa saje yg terbaca post aku kali ini dan mungkin juga utk kesekian kalinya kerana aku sendiri tak pasti adakah aku akan menulis lagi atau tidak. Pesanan; hati² lah dlm menerima kehadiran insan yg baru kita kenali kerana kita tak tahu hati budinya dan tulus ikhlasnya. Hati² juga apabila kita berada dlm status cinta ke-2 atau cinta ke-3 atau ntah cinta ke berapa buat seseorang itu, kerana bukan mudah mengubat luka seseorang dan bukan mudah menjadi penggganti seseorang kerana belum tentu kita mampu menjadi sebaik² pengganti.

Madah Cinta

* Cintakan manusia, hati kan sengsara
Cintakan Allah, hati kan bahagia

* Cinta manusia bukan cinta sejati
Cinta manusia kadang-kala dikhianati

* Cinta Allah cinta yang hakiki
Cinta Allah cinta yang abadi




Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…