BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kaka

Kaka

Real Madrid

Real Madrid

Thursday 7 May 2009

suka lagu buatmu ibu - aeman?

saje layan lagu buatmu ibu..
teringat ade sorg member aku masa kat kolej dulu, suka layan lagu ni sambil menitis airmata coz teringat ibunya..
ntah mana la dia skrg nie,..
budak syariah..

Buatmu IBU

Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)


Sumber http://www.hijjaz.com.my

nak tengok video klip lagu buatmu ibu?
Klik di sini >Buatmu Ibu

sekadar renungan bersama..

artikel ini dijumpai di salah sebuah forum di internet..
hanya sekadar menyampaikan untuk muhasabah diri kita..

MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
KHUTBAH JUMAAT PADA
24 MEI 2002M / 11 RABIUL AWAL 1423H
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Berbakti kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t:

“Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)
Allah s.w.t melarang kita menderhakai mereka dengan sekeras-keras larangan. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai suatu penderhakaan. Menderhaka kepada ibubapa adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan ianya termasuk dalam ketogeri kabair (dosa-dosa besar). Sebagaimana Sabda Bagin Rasulullah s.a.w:

Ertinya: “Dosa yang paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, Menderhakai kedua ibu bapa den bersaksi dusta”

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah,
Memelihara Ibu bapa yang telah lanjut usianya, merupakan satu ujian besar kepada anak-anak. Dalam usia senja beginilah ibu bapa mengharapkan pembelaan, kasih sayang dari anak-anak untuk memenuhi keperluan sisa hidup.
Di zaman moden ini, terdapat juga segelintir masyarakat yang menganggap memelihara ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting keatas mereka. Menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih utama daripada mengambil berat keatas ibu-bapa, malah ada yang melepaskan tanggungjawab memelihara mereka bulat-bulat kepada kakak atau adiknya yang telah berumahtangga, sedangkan dia menganggap dirinya terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Yang lebih dahsyat lagi Ibu bapa tadi dihantar ke rumah orang tua-tua atas alasan sebuk dengan tugas serta tidak dapat memberikan tumpuan kepada mereka.
Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah. Ingatlah firman Allah ini :

Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memrintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil”. (Al-Isra’: 23-24)
Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.

Sidang Jumaat rahimakumullah,

Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula.
Allah memberi penghormatan kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup sehinggalah mereka meninggal dunia. Anak-anak masih boleh menyumbangkan kebaktian sekalipun mereka telah lama terkubur. Hakikatnya, sebagaimna kita wajib berbakti kepada kedua ibu bapa semasa mereka masih hidup, begitu juga wajib bagi kita berbakti kepada keduanya sesudah mereka meninggal dunia. Ini dapat dilakukan dengan banyak beristighfar dan doa untuk mereka berdua, bersedekah, membayar semua hutang piutang serta melaksanakan semua wasiat, menghubungkan silaturrahmi dengan teman-teman serta kaum kerabat dan orang-orang kesayangan mereka. Semua ini merupakan kebaktian yang dapat kita lakukan untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia. Sabda Baginda s.a.w:

" Berbaktilah kepada dua orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatanisteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka”

Sidang Jumaat rahimakumullah,
Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang ayah. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita. Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang kurang menarik terhadap mereka.

dipetik dari,..


Qurnia
http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-265571.html

Ibu..

Untuk Mu Ibu..

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Tuesday 5 May 2009

Arjen Robben


Rasanya ada antara anda dah pernah dengar nama player nie. Inila pemain sayap kiri negara Belanda. Ade yg sebut Holland. Ada yang sebut Netherland. Mana-mana je la. Dulu robben main kat Chelsea. Sekarang dia main kat Real Madrid. Ade pendapat peminat bola sepak dan juga pengkritik mengatakan dia sehebat sayap kiri Man United, Ryan Giggs. Tak kisahla.. Yang penting aksinya yang memukau setiap kali menggelecek bola dan sering mengelirukan pemain pertahanan lawan dan penjaga gawang pasukan lawan memang amat digeruni.

Saya Mat melaporkan untuk edisi berita sembang bola dj mat.

Monday 4 May 2009

tahniah, rizal!!

rasanya aku dah lewat sebulan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada saudara rizal razak yang berjaya menjawat jawatan Pegawai Unit Video B41. (kontrak)
macamanapun, tahniah untuk rizal.
kan aku dah ckp kat ko jal,..
lambat laun ko mesti berjaya jugak..
dulu ko target nak jadi penolong pegawai, tengok rezeki Allah Ta'ala bagi kat ko,..
terus naik jadi pegawai, kontrak lagi tuu....
berkat ko bersabar...
aku dgr kata ko pi keje dah x naik motor lagi dah..
naik keta ek??
baguslaa..
bila dah jadi pegawai nie,.. gaji pun dah mantap..
impian ko nak memiliki fair lady pun bakal tercapai..
nanti bila dah ader fair lady, ko pun kena letak "fair lady" kat sebelah ko jugak.....
aku rasa calon yang sesuai untuk duduk sebelah ko dlm keta fair lady ko tu nanti adalah keynah...
sebab keynah berkulit cerah, pakai fair n lovely, naik keta mewah fair lady dgn ko....
memang sesuai sgt laaa...
wakakakakaka...
ni cuma cadangan aku jek..
jgn marah lak jal...
kalau ade jodoh, apo salah ee..
oklaa..
cukupla aku merepek dan mengarut setakat nie...
hastalavista bebeh...
hope to c u soon...
dah mcm tulis surat jek aku nie...
apa-apa pun selamat bertugas....
cayalah rizal!!
hope ko jadi pegawai yang paling best dan rajin serta berhati mulia kat fakulti tu....
:)

Friday 1 May 2009

Jangan Ada Benci

kadangkala apa yang berlaku memang di luar kemahuan kita...
kita xnak jadi mcm nie, tp jd mcmnie..
kita nak mcmnie, tp jadi mcm tue..
mcmnie, mcmtue,..
dah mcm ed la pulak...
tapi, tu lah dia suratan kehidupan...
kdg-kdg, kita x sanggup kehilangan org yg kita syg,..
bukan senang nak menyayangi org, dan bukan senang org nak menyayangi kita...
so, lagu ni mengingatkan aku pada kenangan sewaktu mengendalikan rancangan Putra Sihat bersama Sureco suatu masa dulu...
lagu yg sentiasa diputarkan ketika aku jadi dj untuk rancangan tuu..
teringat kat en. khairul dan tuan haji rasyid..
dan lagu ni juga buat aku teringat nostalgia silam..
dan ade kaitan dgn diri aku dan juga kehidupan yang aku lalui...
isk.. isk..
syahdu la pulak...
okla, apa kata kita hayati lirik lagunya,..
sambil-sambil tu dgr lagu ni kat radio ke, mp3 ke,..
kat you tube ke...
sukatila..
zasss......


Jangan Ada Benci


Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati


Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku





Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Di sudut hati



Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…