BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kaka

Kaka

Real Madrid

Real Madrid
Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Tuesday, 16 June 2009

Ronaldo ke Real Madrid


Yaa,.. Akhirnya, Cristiano Ronaldo ke Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak 80 juta pound sterling. Wow!! Ana setuju.. Banyak tuu.. Kaya Man U.. Bye2 Man U, Hello Real Madrid..


MANCHESTER: Manchester United bersetuju menjual ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dengan harga yang mencecah rekod dunia 80 juta pound (RM464 juta), menurut kelab elit itu, semalam.


Ronaldo sejak sekian lama menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol itu, yang presiden barunya yang dilantik semula, Florentino Perez berikrar awal minggu ini untuk melakukan segala-galanya membawa bintang berusia 24 tahun itu ke San Bernabeu.


Berita itu hadir hanya beberapa hari selepas Real melengkapkan perpindahan 56 juta pound (RM325 juta) untuk perancangan Brazil, Kaka dari kelab Itali, AC Milan.

Madrid terpaksa belanja besar ketika tampak akan bersaing dengan musuh ketat, Barcelona dalam saingan domestik dan bersama Manchester United serta Chelsea dalam Liga Juara-juara.


Tiada sebarang kenyataan dari Real Madrid, tetapi dilaporkan di England bahawa Ronaldo yang kini sedang bercuti di Los Angeles sudah bersetuju dengan pra-kontrak bersama kelab Sepanyol itu bernilai 8.3 juta pound (RM48.1 juta) setahun untuk tempoh lima tahun.

Dia begitu berminat menyertai Real sejak 18 bulan lalu dan ia memerlukan rayuan saat akhir dari pengurus United, Sir Alex Ferguson untuk memujuk supaya kekal di Old Trafford musim lalu. � AFP

Sumber berita ini dipetik dari suratkhabar Berita Harian.
Terima kasih Berita Harian. Hari2 saya beli Berita Harian. Hehehe.. :)

Thursday, 11 June 2009

Kaka ke Real Madrid


Berita ni dah kuar 2 hari lepas. Walaupun agak terlambat, tapi aku cuba sempatkan diri untuk masukkan jugak berita pasal pemain favourite aku nie.. Kalau berita sukan yang lain aku x amik kesah sgt. Tapi kali ni, mesti simpan jugak dalam blog aku sebagai koleksi.

ROME - Pemain Terbaik Dunia 2007 Kaka melengkapkan perpindahan dari kelab Serie A Itali AC Milan ke Real Madrid kelmarin, demikian pengumuman kedua-dua kelab tersebut.

Pemain Brazil berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak enam tahun bersama kelab gergasi Sepanyol itu dengan bayaran yang dilaporkan mencecah 65 juta euro (RM319.70 juta), namun kedua-dua kelab enggan mengesahkan jumlah sebenar. .

Jika jumlah tersebut adalah 65 juta euro, ia merupakan bayaran perpindahan kedua tertinggi di dunia selepas pemain Perancis Zinedine Zidane, yang menyebabkan Real Madrid terpaksa membayar 75 juta euro (RM369 juta) pada 2001.

Kaka menyertai AC Milan dari Sao Paolo pada 2003, menjaringkan 70 gol dalam Serie A dan 23 gol dalam Liga Juara-Juara.

Dia memenangi Liga Juara-Juara 2007 bersama AC Milan, liga Serie A pada 2004, dua kejuaraan Piala Super Eropah dan kejohanan Kelab Piala Dunia pada 2007.

Dia mendapat tawaran perpindahan tertinggi di dunia daripada Manchester City Januari lalu namun menolaknya. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia.

Time kasih Utusan. Mari kita baca suratkhabar utusan selalu. Ceh, promote lak. Tehehehehe... :D

Tu je lah citernyer. So, to all Real Madrid's fans, let's celebrate Kaka's arrival. We say, "Hola!! Bienvenido Kaka!! Muchas gracias! Te agradezco el regalo. Adiós.



Tuesday, 5 May 2009

Arjen Robben


Rasanya ada antara anda dah pernah dengar nama player nie. Inila pemain sayap kiri negara Belanda. Ade yg sebut Holland. Ada yang sebut Netherland. Mana-mana je la. Dulu robben main kat Chelsea. Sekarang dia main kat Real Madrid. Ade pendapat peminat bola sepak dan juga pengkritik mengatakan dia sehebat sayap kiri Man United, Ryan Giggs. Tak kisahla.. Yang penting aksinya yang memukau setiap kali menggelecek bola dan sering mengelirukan pemain pertahanan lawan dan penjaga gawang pasukan lawan memang amat digeruni.

Saya Mat melaporkan untuk edisi berita sembang bola dj mat.

Wednesday, 19 November 2008

free kick








hohoho...
ni aku nak story skit pasal aktiviti aku semlm..
bersama rizal dan adib..
dua² ni power bila ambik free kick,..
so, aku ni yg dah lama benor tak main bola dan ambil free kick,..
tak dpt nak perform sgt..
xperla,. sekurang²nya terubat rindu nak sepak bola..
alkisahnya, semlm dok syok main free kick tetiba terkepak la pulak tapak kasut but bola aku,..
memula sebelah kiri, lepas tu but kanan pulak..
elok la tuu,. but bola aku dah mcm mulut buaya je aku tengok...
terpaksala main bola kaki ayam ajer,..
org putih kata kaki ayam ni drumstick..
satu lagi aku dpt pelajaran baru drpd coach baru aku (aku lantik secara tak rasmi) pasal "momentum"
so, aku dah faham apa itu momentum apabila kita sepak bola..
maknanya sepak bola sekuat hati sampai bole terkeluar padang melantun kat jalanraya...
pergh.. memang aku kagum dengan apa yang diajar oleh coach aku semlm..
terima kasih coach..
jasamu dikenang..
cuma aku still tak puas hati bola aku tak pergi swing n curve mcm beckham selalu buat tu..
target mesti bucu maa...
tapi macamana nak jadi elok, sedangkan beckham pun training free kick at least 2 jam sehari...
setiap hari lak tuu..
inikan pulak aku yg main seminggu sekali jek..
macamanapun, aku seronok gak sebab dapat tambah ilmu tentang teknik menyepak bola walaupun kaki aku masih lagi rasa sakit²...
so, hopefully akan dtg bila aku dah dapat repair but bola aku, aku dapat lagi belajar ambil free kick..
tak kisah laa..
direct free kick ke, indirect free kick ke..
yg penting directly facing toward goal...
lepas ni bole belajar cara crossing yg betul lak drpd coach aku..
boleh ya coach??
wakaakakkakaa....
okla, jumpa lagi...
tata..








Wednesday, 12 November 2008

robinho


kali nie aku nak story skit pasal robinho..
dia nie bolehla dikategorikan antara striker yang bertubuh kecil dan kurus..
tapi memang amat berbisa..
baru² ni dia score 3 biji gol snang citer hat-trick laa.
ntah betul aku eja hatrick tu ntah tidak..
apa-apa jelaa..
masa dia score 3 biji tu untuk manchester city (3) vs stoke city (0)
memang betul-betul power n luar biasa!!
kiranya tak sia-sia la man city beli si robinho ni dari real madrid dengan rekod perpindahan yg tinggi..
man city sanggup beli robinho dengan harga yang lebih tinggi daripada chelsea..
that's why la real madrid tak jual robinho ke chelsea sebaliknya jual ke man city..
robinho dulu main kat kelab santos kat brazil sebelum pindah ke real madrid..
waktu main kat real madrid pun aksi dia memang memukau..
gentel² bola lepas 2-3 player pastu terus shoot and.... Gooaalll!!
robinho ni pernah membuat satu statement..
dia kata dia amat yakin dengan kemampuan otak yang bijak fikir pasal bola..
dlm erti kata lain, beliau amat yakin kebijaksanaan dan kemahiran bola jauh lebih penting daripada aspek fizikal..
maklumlaa,..
ada yg mempertikaikan kemampuan robinho dlm bolasepak disebabkan faktor fizikalnya..
kiranya badan kecik dan kurus pun mampu mengatasi lawan yang lagi besar dan bertubuh tegap..
itulah dia kelebihan kalau ada kebijaksanaan dan kemahiran bola beserta kepantasan...
perghh..
yo oo je sembang mat pasal robinho nie..
okla..
sampai sini saje dulu..
nanti kita citer lagi pasal player lain lak..
tata..


Tuesday, 11 November 2008

striker fenomena


yaa,... kali ni aku nak citer pasal seorang striker yang amat digeruni suatu ketika dahulu...
pernah mendapat jolokan "mr. phenomenon" disebabkan aksinya yang amat memukau jutaan penonton dan peminat bola sepak seluruh dunia...
siapa lagi kalau bukan ronaldo atau nama sebenar dia ronaldo luiz nazario de lima...
sekarang ronaldo baru saja pulih daripada kecederaan lutut..
hari tu ada sempat juga baca satu artikel dalam suratkhabar pasal dia nie dah tak main untuk ac milan lagi..
pasukan siena berminat untuk dapatkan khidmat beliau (ceh.. skema la pulak ayat.. rasa macam jadi penulis kat majalah bola sepak la pulak.. hehe..)
tapi ronaldo tak berapa minat..
biasala kalau dah "star" takkan la nak main team yg tak terkenal kan..
dia ni dulu memang la superstar..
kalau dia bawa bola tu pasukan lawan dah cukup risau..
dia gelecek memang tak ingat punya...
waktu dia tengah top dulu (sebelum cedera teruk) masa main kat barcelona dan inter milan, memang boleh gentel bola sorg2 sampai kotak penalti..
setakat 4-5 org tu apala sgt.. mmg boleh lepas punye laa..
cuma bila dah "injured", takde la seagresif mcm masa main kat bercelona dan inter milan dulu...
kalau sape yg biasa tengok ronaldo main masa kat real madrid tu boleh nampak beza laa..
tapi masih lagi berbisa..
tu tak boleh dinafikan laa..
ronaldo ni memang akan dikenang sebagai legenda bola sepak dalam dunia..
malahan dia antara striker yg dikategorikan sebagai "sharp shooter"..
fakta ni aku ingat masa baca artikel dalam satu paper yg buat analisis untuk world cup 2006 yg lepas..
okla, sampai sini saje dulu sembang² pasal pemain bola...
nanti lain kali aku sembang lain lak..
jumpa lagi ..
tata..

Monday, 10 November 2008

pemain tengah yang best dan hensem


siapa lagi kalau bukan kaka...
kaka ni pemain brazil
dulu rasanya dia ni main kat kelab sao paulo
kalau x silap laa..
sekarang jadi pemain terbaik kat ac milan..
tahun lepas jadi pemain terbaik dunia
harap-harap tahun ni masih lagi la jadi pemain terbaik dunia walaupun saingan sengit drpd cristiano ronaldo
sekarang ni dia berganding bahu dengan ronaldinho, bekas perancang hebat barcelona dulu,..
so jentera tengah ac milan sure mantap punya..
tapi kaka ni tak nak try ke main kat kelab lain ek?
hari tu manchester city minat nak beli tapi kaka jual mahal lak..
maybe blum yakin dengan man city lagi kot..
okla,..
ni ada gambar kaka koleksi sendiri yang diambil dari website kat internet..
buat tatapan semua..



Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…