Suratan atau kebetulan? Hmm.. Memang susah nak kita jangka apa yang berlaku dlm hidup ni. Lain yg dirancang, lain yg jadi. Macam blog aku ni, asalnye saje2 je nak try, sudahnyer naik syok lak berblogging.
Blog yg aku buat ni aku rasa tak lebih daripada sekadar suka², syok sendiri, luahan hati dan bukanlah bertujuan mencari populariti atau menaikkan rating supaya ramai pelawat dengan tak tentu fasal. Cukuplah sekadar mengisi masa terluang dan sekadar tempat utk meluahkan rasa hati dan berkongsi pengalaman hidup dengan sesaper ajer yg mungkin mengalami nasib yg serupa dgn diriku ini.
"Sesuatu yg tak disangka, seringkali mendatangi kita.." Ya, tak dinafikan memang puitis betul lirik pertama lagu ini. Hinggakan aku tak tahu sesuatu yg dtg dlm hidup aku ni adakah ia satu anugerah atau satu dugaan? Adakah ia untuk menguji sejauh mana keimanan aku, sejauh mana ketabahan aku atau sememangnya satu anugerah yg perlu aku terima dan pelihara sebaik mungkin.
Mungkin ada antara kita pernah menjadi tempat persinggahan insan lain yg terluka yg ingin mengubati luka cinta lamanya. Lalu dengan penuh harapan dan hati yg redha, kita sudi utk menjadi sang pengganti utk mengubat luka lama seseorang. Namun, setelah kita ubati luka di hati insan itu, setelah kita berkorban sepenuh jiwa raga dan harta, setelah kita curahkan kasih syg yg tak terhingga; insan itu mempermainkan kita, mengkhianati kita, tidak hargai kesetiaan kita malahan sanggup memuji² dan mengingati dan menyebut² nama bekas kekasihnya di hadapan kita.
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Aku cuma berpesan pada diri ini dan sesiapa saje yg terbaca post aku kali ini dan mungkin juga utk kesekian kalinya kerana aku sendiri tak pasti adakah aku akan menulis lagi atau tidak. Pesanan; hati² lah dlm menerima kehadiran insan yg baru kita kenali kerana kita tak tahu hati budinya dan tulus ikhlasnya. Hati² juga apabila kita berada dlm status cinta ke-2 atau cinta ke-3 atau ntah cinta ke berapa buat seseorang itu, kerana bukan mudah mengubat luka seseorang dan bukan mudah menjadi penggganti seseorang kerana belum tentu kita mampu menjadi sebaik² pengganti.
Madah Cinta
* Cintakan manusia, hati kan sengsara
Cintakan Allah, hati kan bahagia
* Cinta manusia bukan cinta sejati
Cinta manusia kadang-kala dikhianati
* Cinta Allah cinta yang hakiki
Cinta Allah cinta yang abadi
Kaka
Real Madrid
Monday, 10 August 2009
Suratan atau Kebetulan
Thursday, 16 July 2009
Mahligai Bernama Cinta
Ermm,.. dah lama x update blog ni. Agak²nyer laa, ade sesape yg terbaca post aku kali ni, penah ke tengok citer Aku Cinta Padamu? Pelakon drama ni, Hasnol Rahmat, Lisdawati, Danny X-Factor. Dulu aku layan citer ni masa dok umah sewa kawan dulu. Member aku yang beli CD citer nie, pastu pasang mlm2 kat umah.
Aku lak, tumpang tengok jer la. Layan2, syok jugak citer ni. Yerla, masa tu tgh muda lagi. Awal 20'an la katakan.. Paling penting, masa tu aku kurus dan slim...!!! Wakakakakaka... So, dalam citer ni, ader lagu Haruskah Diuji dan yang paling aku suka, Mahligai Bernama Cinta. Liriknyer ala2 puitis gitu. So, pada yang teringat nostalgia cinta dulu masa zaman muda remaja ke, atau tgh dilamun cinta ke atau terkenang2 si dia ke, lagu ni memang sesuuuaaiii laa.. Layan jom.. Zass..!!
Sunday, 5 July 2009
Kasihku Abadi
Sekali sekala layan lagu jiwang tapi versi nasyid pun best jugak. Terasa damai dan tenang jer hati nie.. Teringat kenangan manis suatu ketika dahulu.. Kasihku Abadi (In-team)
Tuesday, 16 June 2009
Kian..
Kali ni aku nak layan lagu syahdu Kian pulak.. Ntah nape rasa sedih lak hari nie.. Arghh.. Apa-apajer laa.. Janji feeling.. isk isk isk.... Huwaa..
Kian - Mawi
Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada
Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh
Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama
Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia
Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati
Friday, 1 May 2009
Jangan Ada Benci
kadangkala apa yang berlaku memang di luar kemahuan kita...
kita xnak jadi mcm nie, tp jd mcmnie..
kita nak mcmnie, tp jadi mcm tue..
mcmnie, mcmtue,..
dah mcm ed la pulak...
tapi, tu lah dia suratan kehidupan...
kdg-kdg, kita x sanggup kehilangan org yg kita syg,..
bukan senang nak menyayangi org, dan bukan senang org nak menyayangi kita...
so, lagu ni mengingatkan aku pada kenangan sewaktu mengendalikan rancangan Putra Sihat bersama Sureco suatu masa dulu...
lagu yg sentiasa diputarkan ketika aku jadi dj untuk rancangan tuu..
teringat kat en. khairul dan tuan haji rasyid..
dan lagu ni juga buat aku teringat nostalgia silam..
dan ade kaitan dgn diri aku dan juga kehidupan yang aku lalui...
isk.. isk..
syahdu la pulak...
okla, apa kata kita hayati lirik lagunya,..
sambil-sambil tu dgr lagu ni kat radio ke, mp3 ke,..
kat you tube ke...
sukatila..
zasss......
Jangan Ada Benci
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Di sudut hati
Thursday, 19 March 2009
Sepi Seorang Perindu
Wednesday, 17 December 2008
Cinta Zulaikha - Mawi

dah lama x menulis apa-apa dlm blog nie...
haa,..
aku nak layan lagu mawi..
cinta zulaikha..
syok jugak layan lagu nie...
kalau you tube dpt bukak, lagi best...
tapi, ntah,.. cam biskut jek..
apa-ape pun, layan...
zassssss...
Mawi - Cinta Zulaikha
Pejam mata bayangkan cinta
Satu cahaya terindah
Dari jiwa
Terang Jiwa
Kekasihku kau ku puja
Menjelma di langit musim berduka lara
Terpinggir sepi hampir putus asa
Melayar hari kelam yang tak bermaya
Dan makna
*Hendakku luahkan
Takut makanlah diri
Hendak kusimpankan
Meracuni hati
Hendak ku jeritkan
Takut malu sendiri
Hendak ku diamkan
Kau takkan mengerti
Biar susah bagai cinta zulaikha
Cinta dalam mimpi jadilah nyata
Biar pahit manis juga terasa
Hari ini hampa esok gembira
Biar susah bagai cinta zulaikha
Cinta dalam mimpi jadilah nyata
Biar pahit manis juga terasa
Hari ini hampa esok gembira

Harapan
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.
Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…


