BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kaka

Kaka

Real Madrid

Real Madrid

Saturday 27 June 2009

Aa Ab Laut Chalen

yezza.. segmen hindi kali ni membawakan lagu Aa Ab Laut Chalen. Khas untuk anda semua yang meminati lagu hindi.. (ceh, bajet rancangan tv ke nak ckp camtuu..?) Lagu ni antara lagu feberet yang aku suka pasang kat radio n filem yang aku suka tengok. Kali pertama aku kenal Aishwarya Rai sebab tengok citer ni aaa.. Lakonannya bersama Akshaye Khanna.


Tuesday 16 June 2009

Kian..

Kali ni aku nak layan lagu syahdu Kian pulak.. Ntah nape rasa sedih lak hari nie.. Arghh.. Apa-apajer laa.. Janji feeling.. isk isk isk.... Huwaa..





Kian - Mawi


Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

Ronaldo ke Real Madrid


Yaa,.. Akhirnya, Cristiano Ronaldo ke Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak 80 juta pound sterling. Wow!! Ana setuju.. Banyak tuu.. Kaya Man U.. Bye2 Man U, Hello Real Madrid..


MANCHESTER: Manchester United bersetuju menjual ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dengan harga yang mencecah rekod dunia 80 juta pound (RM464 juta), menurut kelab elit itu, semalam.


Ronaldo sejak sekian lama menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol itu, yang presiden barunya yang dilantik semula, Florentino Perez berikrar awal minggu ini untuk melakukan segala-galanya membawa bintang berusia 24 tahun itu ke San Bernabeu.


Berita itu hadir hanya beberapa hari selepas Real melengkapkan perpindahan 56 juta pound (RM325 juta) untuk perancangan Brazil, Kaka dari kelab Itali, AC Milan.

Madrid terpaksa belanja besar ketika tampak akan bersaing dengan musuh ketat, Barcelona dalam saingan domestik dan bersama Manchester United serta Chelsea dalam Liga Juara-juara.


Tiada sebarang kenyataan dari Real Madrid, tetapi dilaporkan di England bahawa Ronaldo yang kini sedang bercuti di Los Angeles sudah bersetuju dengan pra-kontrak bersama kelab Sepanyol itu bernilai 8.3 juta pound (RM48.1 juta) setahun untuk tempoh lima tahun.

Dia begitu berminat menyertai Real sejak 18 bulan lalu dan ia memerlukan rayuan saat akhir dari pengurus United, Sir Alex Ferguson untuk memujuk supaya kekal di Old Trafford musim lalu. � AFP

Sumber berita ini dipetik dari suratkhabar Berita Harian.
Terima kasih Berita Harian. Hari2 saya beli Berita Harian. Hehehe.. :)

Thursday 11 June 2009

Kaka ke Real Madrid


Berita ni dah kuar 2 hari lepas. Walaupun agak terlambat, tapi aku cuba sempatkan diri untuk masukkan jugak berita pasal pemain favourite aku nie.. Kalau berita sukan yang lain aku x amik kesah sgt. Tapi kali ni, mesti simpan jugak dalam blog aku sebagai koleksi.

ROME - Pemain Terbaik Dunia 2007 Kaka melengkapkan perpindahan dari kelab Serie A Itali AC Milan ke Real Madrid kelmarin, demikian pengumuman kedua-dua kelab tersebut.

Pemain Brazil berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak enam tahun bersama kelab gergasi Sepanyol itu dengan bayaran yang dilaporkan mencecah 65 juta euro (RM319.70 juta), namun kedua-dua kelab enggan mengesahkan jumlah sebenar. .

Jika jumlah tersebut adalah 65 juta euro, ia merupakan bayaran perpindahan kedua tertinggi di dunia selepas pemain Perancis Zinedine Zidane, yang menyebabkan Real Madrid terpaksa membayar 75 juta euro (RM369 juta) pada 2001.

Kaka menyertai AC Milan dari Sao Paolo pada 2003, menjaringkan 70 gol dalam Serie A dan 23 gol dalam Liga Juara-Juara.

Dia memenangi Liga Juara-Juara 2007 bersama AC Milan, liga Serie A pada 2004, dua kejuaraan Piala Super Eropah dan kejohanan Kelab Piala Dunia pada 2007.

Dia mendapat tawaran perpindahan tertinggi di dunia daripada Manchester City Januari lalu namun menolaknya. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia.

Time kasih Utusan. Mari kita baca suratkhabar utusan selalu. Ceh, promote lak. Tehehehehe... :D

Tu je lah citernyer. So, to all Real Madrid's fans, let's celebrate Kaka's arrival. We say, "Hola!! Bienvenido Kaka!! Muchas gracias! Te agradezco el regalo. Adiós.



Wednesday 10 June 2009

Cerita Seram

Uisshh.. Kalau tengok tajuk post kali nie pun dah rasa macam taknak baca jek.. Korang mesti ader citer seram, kan? Pengalaman yang menyeramkan? Samalah dengan aku.. Aku pun ader bermacam-macam koleksi cerita seram yang disimpan dalam otak aku bersaiz 9000000 GB.

So, untuk episod akan datang aku akan kongsikan pengalaman aku sendiri dan juga citer-citer seram yang pernah aku dengar drpd pengalaman kengkawan aku sendiri. tapi, maybe tak semua aku akan ceritakan, sebab,..

Kalau banyak tengok atau baca citer seram,
Nanti hati jadi tak tenteram.

Kalau nak hati jadi tenang dan aman,
Selalulah baca Al-Quran.

Tu dia pantun 2 kerat aku bagi. Hik.. hik.. hik..

Errmm.. Apa aku nak tulis tadi ek? Jap ek.. Haa.. Dah ingat dah. Korang nak tengok citer seram Ujang tak?? Tapi, aku bagi amaran awal-awal.. Jangan tengok sorang-sorang coz memang menyeramkan..

Klik kat sini > Citer seram



Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…