BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kaka

Kaka

Real Madrid

Real Madrid

Sunday 1 November 2009

Bersabarlah...

Huii.. Kali ni aku nak masukkan lagu kegemaran aku sejak zaman skolah lagi. Waktu aku Form 4 kot ke form 3 aku x ingat dah.. Ntah camana leh lak terjmpa ader org upload lagu nie. Terima kasih byk pd yg upload lagu ni kat intenet. Terima kasih byk2,.. :)

Lagu nie buatkan kita dpt lahirkan atau jelaskan keikhlasan hati pd seseorg. Tapi walaubgaimanapun, keikhlasan bukanlah dinilai drpd kata².. Ia pasti akan diketahui melalui perbuatan dan tingkah laku.. Setakat cakap i love you, i sayangkan you, i sanggup berkorban apa saja untuk you,.. Budak Darjah Satu pun boleh cakap macam tu what...

Apa-apahal, layan lagu ni jom.. Ohh syahdunyer.. Teringat kenangan silam.. Zasss..





Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan Maha Penyayang

Hatiku memahami derita yang kau rasakan
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...

Wednesday 21 October 2009

Raya Dah Habis..


Uuuuhh,... Raya dah abis.. Tapi lepas ni nanti kita sambut raya haji lak atau lebih detailnyer, Hari Raya Aidil Adha. Tu akan dtg aaarr.. Aku pun dah tak tau nk type ape lagi dah.. Tu je la kot..


Thursday 17 September 2009

Edisi Raya...

Ramadhan berlalu meninggalkan kita, kini Syawal pula menjelma.. Bagi mereka yang jauh merantau, kini sudah pulang ke desa untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sanak saudara. Bagi yang pertama kali bakal beraya di rumah mertua, pasti debaran terasa. Al-maklumlah, tak pernah lagi beraya dengan sanak saudara keluarga mertua.

Yang kehilangan orang tersayang pula pasti sedih di pagi hari Raya. Tatkala laungan takbir bergema, sepatutnya orang tersayang berada di sisi, tapi takdir menentukan segala. Apa-apapun, kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya dan bersabar atas segala dugaan dan cabaran yang datang daripada-Nya.

Haaahhh.. Bagi yang belum bayar zakat fitrah cepat-cepatlah bayar sebelum hari Raya Aidilfitri menjelma. Nanti ade jugak yang kelam-kabut pagi raya nak bayar zakat fitrah. Amil pun nak beraya juga. Silap-silap waktu Subuh lagi dah berderet orang nak bayar zakat fitrah. Ekekekekeke....

Okla, aku pun xnak ckp pjg lebar lagi. Cuma nak diucapkan sesuatu yang tulus ikhlas dari hatiku, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali diri ini.. Maaf dipinta andai terkasar bahasa, terlanjur tutur kata, terumpat keji nista namun ingin mensuci hening dosa. Moga tarbiah yang kita perolehi sepanjang Ramadhan dapat diteruskan di bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya..



Monday 10 August 2009

Suratan atau Kebetulan

Suratan atau kebetulan? Hmm.. Memang susah nak kita jangka apa yang berlaku dlm hidup ni. Lain yg dirancang, lain yg jadi. Macam blog aku ni, asalnye saje2 je nak try, sudahnyer naik syok lak berblogging.

Blog yg aku buat ni aku rasa tak lebih daripada sekadar suka², syok sendiri, luahan hati dan bukanlah bertujuan mencari populariti atau menaikkan rating supaya ramai pelawat dengan tak tentu fasal. Cukuplah sekadar mengisi masa terluang dan sekadar tempat utk meluahkan rasa hati dan berkongsi pengalaman hidup dengan sesaper ajer yg mungkin mengalami nasib yg serupa dgn diriku ini.

"Sesuatu yg tak disangka, seringkali mendatangi kita.." Ya, tak dinafikan memang puitis betul lirik pertama lagu ini. Hinggakan aku tak tahu sesuatu yg dtg dlm hidup aku ni adakah ia satu anugerah atau satu dugaan? Adakah ia untuk menguji sejauh mana keimanan aku, sejauh mana ketabahan aku atau sememangnya satu anugerah yg perlu aku terima dan pelihara sebaik mungkin.

Mungkin ada antara kita pernah menjadi tempat persinggahan insan lain yg terluka yg ingin mengubati luka cinta lamanya. Lalu dengan penuh harapan dan hati yg redha, kita sudi utk menjadi sang pengganti utk mengubat luka lama seseorang. Namun, setelah kita ubati luka di hati insan itu, setelah kita berkorban sepenuh jiwa raga dan harta, setelah kita curahkan kasih syg yg tak terhingga; insan itu mempermainkan kita, mengkhianati kita, tidak hargai kesetiaan kita malahan sanggup memuji² dan mengingati dan menyebut² nama bekas kekasihnya di hadapan kita.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan


Aku cuma berpesan pada diri ini dan sesiapa saje yg terbaca post aku kali ini dan mungkin juga utk kesekian kalinya kerana aku sendiri tak pasti adakah aku akan menulis lagi atau tidak. Pesanan; hati² lah dlm menerima kehadiran insan yg baru kita kenali kerana kita tak tahu hati budinya dan tulus ikhlasnya. Hati² juga apabila kita berada dlm status cinta ke-2 atau cinta ke-3 atau ntah cinta ke berapa buat seseorang itu, kerana bukan mudah mengubat luka seseorang dan bukan mudah menjadi penggganti seseorang kerana belum tentu kita mampu menjadi sebaik² pengganti.

Madah Cinta

* Cintakan manusia, hati kan sengsara
Cintakan Allah, hati kan bahagia

* Cinta manusia bukan cinta sejati
Cinta manusia kadang-kala dikhianati

* Cinta Allah cinta yang hakiki
Cinta Allah cinta yang abadi


Tuesday 28 July 2009

Har Dil Jo Pyar Karega

Har Dil Jo Pyar Karega (Devanagari: हर दिल जो प्यार करेगा) English: Every Heart That Loves)
ataupun dalam bahasa Melayu boleh diterjemah sebagai tiap pasangan yang berkasih atau setiap hati yang berkasih.

Post kali ni aku saje nak letak lagu favourite aku iaitu Har Dil Jo Pyar Karega yang ade dalam filem Har Dil Jo Pyar Karega. Bukan yang dalam filem Sangam tu ok? So, citer ni Salman Khan, Rani Mukherji & Preity Zinta berlakon.


Citernya lebih kurang begini,

Raj (Salman Khan) adalah sorg penyanyi yg cuba nak cipta nama kat Mumbai. Dia selamatkan sorg pompuan yg hampir kena langgar keretapi. Pooja Oberoi (Rani Mukerji), anak gadis keluarga yg kaya raya, selamat tapi koma. Keluarganya berkejar ke hospital dan mendapati Raj lalu menyangka dia adalah suami Pooja, Romi, yang tak pernah mereka jumpa.

Dipendekkan cerita, Raj jatuh cinta dengan Jahnvi (Preity Zinta) seorg yg dianggap sbg anak kedua dalam family Pooja. Akhir cerita, Raj mengahwini Jahnvi dan Rahul (Shahrukh Khan) sebagai "special appearance" dtg utk mengahwini Pooja.


Thursday 16 July 2009

Mahligai Bernama Cinta

Ermm,.. dah lama x update blog ni. Agak²nyer laa, ade sesape yg terbaca post aku kali ni, penah ke tengok citer Aku Cinta Padamu? Pelakon drama ni, Hasnol Rahmat, Lisdawati, Danny X-Factor. Dulu aku layan citer ni masa dok umah sewa kawan dulu. Member aku yang beli CD citer nie, pastu pasang mlm2 kat umah.

Aku lak, tumpang tengok jer la. Layan2, syok jugak citer ni. Yerla, masa tu tgh muda lagi. Awal 20'an la katakan.. Paling penting, masa tu aku kurus dan slim...!!! Wakakakakaka... So, dalam citer ni, ader lagu Haruskah Diuji dan yang paling aku suka, Mahligai Bernama Cinta. Liriknyer ala2 puitis gitu. So, pada yang teringat nostalgia cinta dulu masa zaman muda remaja ke, atau tgh dilamun cinta ke atau terkenang2 si dia ke, lagu ni memang sesuuuaaiii laa.. Layan jom.. Zass..!!


Sunday 5 July 2009

Kasihku Abadi

Sekali sekala layan lagu jiwang tapi versi nasyid pun best jugak. Terasa damai dan tenang jer hati nie.. Teringat kenangan manis suatu ketika dahulu.. Kasihku Abadi (In-team)


Saturday 27 June 2009

Aa Ab Laut Chalen

yezza.. segmen hindi kali ni membawakan lagu Aa Ab Laut Chalen. Khas untuk anda semua yang meminati lagu hindi.. (ceh, bajet rancangan tv ke nak ckp camtuu..?) Lagu ni antara lagu feberet yang aku suka pasang kat radio n filem yang aku suka tengok. Kali pertama aku kenal Aishwarya Rai sebab tengok citer ni aaa.. Lakonannya bersama Akshaye Khanna.


Tuesday 16 June 2009

Kian..

Kali ni aku nak layan lagu syahdu Kian pulak.. Ntah nape rasa sedih lak hari nie.. Arghh.. Apa-apajer laa.. Janji feeling.. isk isk isk.... Huwaa..





Kian - Mawi


Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

Ronaldo ke Real Madrid


Yaa,.. Akhirnya, Cristiano Ronaldo ke Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak 80 juta pound sterling. Wow!! Ana setuju.. Banyak tuu.. Kaya Man U.. Bye2 Man U, Hello Real Madrid..


MANCHESTER: Manchester United bersetuju menjual ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dengan harga yang mencecah rekod dunia 80 juta pound (RM464 juta), menurut kelab elit itu, semalam.


Ronaldo sejak sekian lama menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol itu, yang presiden barunya yang dilantik semula, Florentino Perez berikrar awal minggu ini untuk melakukan segala-galanya membawa bintang berusia 24 tahun itu ke San Bernabeu.


Berita itu hadir hanya beberapa hari selepas Real melengkapkan perpindahan 56 juta pound (RM325 juta) untuk perancangan Brazil, Kaka dari kelab Itali, AC Milan.

Madrid terpaksa belanja besar ketika tampak akan bersaing dengan musuh ketat, Barcelona dalam saingan domestik dan bersama Manchester United serta Chelsea dalam Liga Juara-juara.


Tiada sebarang kenyataan dari Real Madrid, tetapi dilaporkan di England bahawa Ronaldo yang kini sedang bercuti di Los Angeles sudah bersetuju dengan pra-kontrak bersama kelab Sepanyol itu bernilai 8.3 juta pound (RM48.1 juta) setahun untuk tempoh lima tahun.

Dia begitu berminat menyertai Real sejak 18 bulan lalu dan ia memerlukan rayuan saat akhir dari pengurus United, Sir Alex Ferguson untuk memujuk supaya kekal di Old Trafford musim lalu. � AFP

Sumber berita ini dipetik dari suratkhabar Berita Harian.
Terima kasih Berita Harian. Hari2 saya beli Berita Harian. Hehehe.. :)

Thursday 11 June 2009

Kaka ke Real Madrid


Berita ni dah kuar 2 hari lepas. Walaupun agak terlambat, tapi aku cuba sempatkan diri untuk masukkan jugak berita pasal pemain favourite aku nie.. Kalau berita sukan yang lain aku x amik kesah sgt. Tapi kali ni, mesti simpan jugak dalam blog aku sebagai koleksi.

ROME - Pemain Terbaik Dunia 2007 Kaka melengkapkan perpindahan dari kelab Serie A Itali AC Milan ke Real Madrid kelmarin, demikian pengumuman kedua-dua kelab tersebut.

Pemain Brazil berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak enam tahun bersama kelab gergasi Sepanyol itu dengan bayaran yang dilaporkan mencecah 65 juta euro (RM319.70 juta), namun kedua-dua kelab enggan mengesahkan jumlah sebenar. .

Jika jumlah tersebut adalah 65 juta euro, ia merupakan bayaran perpindahan kedua tertinggi di dunia selepas pemain Perancis Zinedine Zidane, yang menyebabkan Real Madrid terpaksa membayar 75 juta euro (RM369 juta) pada 2001.

Kaka menyertai AC Milan dari Sao Paolo pada 2003, menjaringkan 70 gol dalam Serie A dan 23 gol dalam Liga Juara-Juara.

Dia memenangi Liga Juara-Juara 2007 bersama AC Milan, liga Serie A pada 2004, dua kejuaraan Piala Super Eropah dan kejohanan Kelab Piala Dunia pada 2007.

Dia mendapat tawaran perpindahan tertinggi di dunia daripada Manchester City Januari lalu namun menolaknya. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia.

Time kasih Utusan. Mari kita baca suratkhabar utusan selalu. Ceh, promote lak. Tehehehehe... :D

Tu je lah citernyer. So, to all Real Madrid's fans, let's celebrate Kaka's arrival. We say, "Hola!! Bienvenido Kaka!! Muchas gracias! Te agradezco el regalo. Adiós.



Wednesday 10 June 2009

Cerita Seram

Uisshh.. Kalau tengok tajuk post kali nie pun dah rasa macam taknak baca jek.. Korang mesti ader citer seram, kan? Pengalaman yang menyeramkan? Samalah dengan aku.. Aku pun ader bermacam-macam koleksi cerita seram yang disimpan dalam otak aku bersaiz 9000000 GB.

So, untuk episod akan datang aku akan kongsikan pengalaman aku sendiri dan juga citer-citer seram yang pernah aku dengar drpd pengalaman kengkawan aku sendiri. tapi, maybe tak semua aku akan ceritakan, sebab,..

Kalau banyak tengok atau baca citer seram,
Nanti hati jadi tak tenteram.

Kalau nak hati jadi tenang dan aman,
Selalulah baca Al-Quran.

Tu dia pantun 2 kerat aku bagi. Hik.. hik.. hik..

Errmm.. Apa aku nak tulis tadi ek? Jap ek.. Haa.. Dah ingat dah. Korang nak tengok citer seram Ujang tak?? Tapi, aku bagi amaran awal-awal.. Jangan tengok sorang-sorang coz memang menyeramkan..

Klik kat sini > Citer seram

Thursday 7 May 2009

suka lagu buatmu ibu - aeman?

saje layan lagu buatmu ibu..
teringat ade sorg member aku masa kat kolej dulu, suka layan lagu ni sambil menitis airmata coz teringat ibunya..
ntah mana la dia skrg nie,..
budak syariah..

Buatmu IBU

Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)


Sumber http://www.hijjaz.com.my

nak tengok video klip lagu buatmu ibu?
Klik di sini >Buatmu Ibu

sekadar renungan bersama..

artikel ini dijumpai di salah sebuah forum di internet..
hanya sekadar menyampaikan untuk muhasabah diri kita..

MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
KHUTBAH JUMAAT PADA
24 MEI 2002M / 11 RABIUL AWAL 1423H
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Berbakti kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t:

“Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)
Allah s.w.t melarang kita menderhakai mereka dengan sekeras-keras larangan. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai suatu penderhakaan. Menderhaka kepada ibubapa adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan ianya termasuk dalam ketogeri kabair (dosa-dosa besar). Sebagaimana Sabda Bagin Rasulullah s.a.w:

Ertinya: “Dosa yang paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, Menderhakai kedua ibu bapa den bersaksi dusta”

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah,
Memelihara Ibu bapa yang telah lanjut usianya, merupakan satu ujian besar kepada anak-anak. Dalam usia senja beginilah ibu bapa mengharapkan pembelaan, kasih sayang dari anak-anak untuk memenuhi keperluan sisa hidup.
Di zaman moden ini, terdapat juga segelintir masyarakat yang menganggap memelihara ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting keatas mereka. Menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih utama daripada mengambil berat keatas ibu-bapa, malah ada yang melepaskan tanggungjawab memelihara mereka bulat-bulat kepada kakak atau adiknya yang telah berumahtangga, sedangkan dia menganggap dirinya terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Yang lebih dahsyat lagi Ibu bapa tadi dihantar ke rumah orang tua-tua atas alasan sebuk dengan tugas serta tidak dapat memberikan tumpuan kepada mereka.
Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah. Ingatlah firman Allah ini :

Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memrintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil”. (Al-Isra’: 23-24)
Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.

Sidang Jumaat rahimakumullah,

Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula.
Allah memberi penghormatan kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup sehinggalah mereka meninggal dunia. Anak-anak masih boleh menyumbangkan kebaktian sekalipun mereka telah lama terkubur. Hakikatnya, sebagaimna kita wajib berbakti kepada kedua ibu bapa semasa mereka masih hidup, begitu juga wajib bagi kita berbakti kepada keduanya sesudah mereka meninggal dunia. Ini dapat dilakukan dengan banyak beristighfar dan doa untuk mereka berdua, bersedekah, membayar semua hutang piutang serta melaksanakan semua wasiat, menghubungkan silaturrahmi dengan teman-teman serta kaum kerabat dan orang-orang kesayangan mereka. Semua ini merupakan kebaktian yang dapat kita lakukan untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia. Sabda Baginda s.a.w:

" Berbaktilah kepada dua orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatanisteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka”

Sidang Jumaat rahimakumullah,
Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang ayah. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita. Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang kurang menarik terhadap mereka.

dipetik dari,..


Qurnia
http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-265571.html

Ibu..

Untuk Mu Ibu..

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Tuesday 5 May 2009

Arjen Robben


Rasanya ada antara anda dah pernah dengar nama player nie. Inila pemain sayap kiri negara Belanda. Ade yg sebut Holland. Ada yang sebut Netherland. Mana-mana je la. Dulu robben main kat Chelsea. Sekarang dia main kat Real Madrid. Ade pendapat peminat bola sepak dan juga pengkritik mengatakan dia sehebat sayap kiri Man United, Ryan Giggs. Tak kisahla.. Yang penting aksinya yang memukau setiap kali menggelecek bola dan sering mengelirukan pemain pertahanan lawan dan penjaga gawang pasukan lawan memang amat digeruni.

Saya Mat melaporkan untuk edisi berita sembang bola dj mat.

Monday 4 May 2009

tahniah, rizal!!

rasanya aku dah lewat sebulan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada saudara rizal razak yang berjaya menjawat jawatan Pegawai Unit Video B41. (kontrak)
macamanapun, tahniah untuk rizal.
kan aku dah ckp kat ko jal,..
lambat laun ko mesti berjaya jugak..
dulu ko target nak jadi penolong pegawai, tengok rezeki Allah Ta'ala bagi kat ko,..
terus naik jadi pegawai, kontrak lagi tuu....
berkat ko bersabar...
aku dgr kata ko pi keje dah x naik motor lagi dah..
naik keta ek??
baguslaa..
bila dah jadi pegawai nie,.. gaji pun dah mantap..
impian ko nak memiliki fair lady pun bakal tercapai..
nanti bila dah ader fair lady, ko pun kena letak "fair lady" kat sebelah ko jugak.....
aku rasa calon yang sesuai untuk duduk sebelah ko dlm keta fair lady ko tu nanti adalah keynah...
sebab keynah berkulit cerah, pakai fair n lovely, naik keta mewah fair lady dgn ko....
memang sesuai sgt laaa...
wakakakakaka...
ni cuma cadangan aku jek..
jgn marah lak jal...
kalau ade jodoh, apo salah ee..
oklaa..
cukupla aku merepek dan mengarut setakat nie...
hastalavista bebeh...
hope to c u soon...
dah mcm tulis surat jek aku nie...
apa-apa pun selamat bertugas....
cayalah rizal!!
hope ko jadi pegawai yang paling best dan rajin serta berhati mulia kat fakulti tu....
:)

Friday 1 May 2009

Jangan Ada Benci

kadangkala apa yang berlaku memang di luar kemahuan kita...
kita xnak jadi mcm nie, tp jd mcmnie..
kita nak mcmnie, tp jadi mcm tue..
mcmnie, mcmtue,..
dah mcm ed la pulak...
tapi, tu lah dia suratan kehidupan...
kdg-kdg, kita x sanggup kehilangan org yg kita syg,..
bukan senang nak menyayangi org, dan bukan senang org nak menyayangi kita...
so, lagu ni mengingatkan aku pada kenangan sewaktu mengendalikan rancangan Putra Sihat bersama Sureco suatu masa dulu...
lagu yg sentiasa diputarkan ketika aku jadi dj untuk rancangan tuu..
teringat kat en. khairul dan tuan haji rasyid..
dan lagu ni juga buat aku teringat nostalgia silam..
dan ade kaitan dgn diri aku dan juga kehidupan yang aku lalui...
isk.. isk..
syahdu la pulak...
okla, apa kata kita hayati lirik lagunya,..
sambil-sambil tu dgr lagu ni kat radio ke, mp3 ke,..
kat you tube ke...
sukatila..
zasss......


Jangan Ada Benci


Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati


Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku





Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Di sudut hati

Wednesday 29 April 2009

Selamat tinggal Putra FM

Wah,...
rasanya dah sebulan tinggalkan Putra FM..
ingatkan lama la aku keje kat situ, rupanye tak,..
kepada rakan-rakan DJ yang lain,..
ed, rizal, big boi, jen,..
tak lupa en hazry dan otai putra fm, abg nas..
thanx for everything...
daripada tak tahu apa itu pro tools,..
sape sangka bekas guru kafa dah boleh buat promo, teaser, radio ad dll..
hahahhaaha..
ni semua ni atas jasa korang semua...
oklah,,..
ringkas je ucapan nie..
buat dj² student,..
try la tanya pada staf² lain kalau ader kemusykilan,..
macamanala korang boleh still contact abg mat nak tanya pasal situasi kat putra fm,..
sedangkan abg mat a.k.a encik mat dah x keje situ lagii..
so, kalau x reply tu sorilaa..
sbb dah keje kat tempat lain..
keje dengan government..
status tetap.. bukan sambilan atau kontrak..
diulangi tetap..
wakakakakakaka....
tapi tulah,..
memang cabaran la kalau keje fully kerajaan kalau dibandingkan masa keje kat upm dulu...
eh, apa aku merepek nie?
sekian sajala edisi putra untuk hari nie..
teruskan mendengar putra fm suara kampus terkini..
waaa.. dah lama x baca berita..!!
chow..
as'kum..
:)

Thursday 26 March 2009

Alam Perwira


yuhuuu....
sape suka baca komik?
angkat tangan?
saya bang, saya....
ok la adik-adik,...
abang nak story pasal komik kegemaran abang satu ketika dahulu...
alaa.. masa zaman muda-muda remaja dulu....
memang abang suka betul layan komik alam perwira....
suka betul tengok hero cerita nie..
sape lagi kalau bukan Ji Fat...
macam-macam hikmat dia ader...
aura biru nila laa..
dulu hafal betul nama-nama hikmat dia...
skarang sudah lupa...
ntah mana pergi koleksi lama-lama dulu pun tak tahulaa...
hahahahahha....
ni sebahagian daripada cover komik yang dicari dalam internet...
adela jugak something untuk dibuat koleksi...
jumpa lagi dalam rancangan....
sembang dj mat...!!! ^_^
tata...
:)

Thursday 19 March 2009

Sepi Seorang Perindu


huaarghh...
dah lama tak menulis dalam blog nie..
okla, kali ni aku nak kongsi dgn korang semua satu lagi lagu favorite aku zaman muda² dulu....
lagu ni abang jamal punye lagu..
sedap tau..
memang layan syahdu punye kalau layan sorang²...
jom layan..
zass..

Jamal Abdillah

Sepi Seorang Perindu

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu


Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti





Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…