BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kaka

Kaka

Real Madrid

Real Madrid

Tuesday 16 June 2009

Ronaldo ke Real Madrid


Yaa,.. Akhirnya, Cristiano Ronaldo ke Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak 80 juta pound sterling. Wow!! Ana setuju.. Banyak tuu.. Kaya Man U.. Bye2 Man U, Hello Real Madrid..


MANCHESTER: Manchester United bersetuju menjual ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dengan harga yang mencecah rekod dunia 80 juta pound (RM464 juta), menurut kelab elit itu, semalam.


Ronaldo sejak sekian lama menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol itu, yang presiden barunya yang dilantik semula, Florentino Perez berikrar awal minggu ini untuk melakukan segala-galanya membawa bintang berusia 24 tahun itu ke San Bernabeu.


Berita itu hadir hanya beberapa hari selepas Real melengkapkan perpindahan 56 juta pound (RM325 juta) untuk perancangan Brazil, Kaka dari kelab Itali, AC Milan.

Madrid terpaksa belanja besar ketika tampak akan bersaing dengan musuh ketat, Barcelona dalam saingan domestik dan bersama Manchester United serta Chelsea dalam Liga Juara-juara.


Tiada sebarang kenyataan dari Real Madrid, tetapi dilaporkan di England bahawa Ronaldo yang kini sedang bercuti di Los Angeles sudah bersetuju dengan pra-kontrak bersama kelab Sepanyol itu bernilai 8.3 juta pound (RM48.1 juta) setahun untuk tempoh lima tahun.

Dia begitu berminat menyertai Real sejak 18 bulan lalu dan ia memerlukan rayuan saat akhir dari pengurus United, Sir Alex Ferguson untuk memujuk supaya kekal di Old Trafford musim lalu. � AFP

Sumber berita ini dipetik dari suratkhabar Berita Harian.
Terima kasih Berita Harian. Hari2 saya beli Berita Harian. Hehehe.. :)



Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…