BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kaka

Kaka

Real Madrid

Real Madrid

Thursday 11 June 2009

Kaka ke Real Madrid


Berita ni dah kuar 2 hari lepas. Walaupun agak terlambat, tapi aku cuba sempatkan diri untuk masukkan jugak berita pasal pemain favourite aku nie.. Kalau berita sukan yang lain aku x amik kesah sgt. Tapi kali ni, mesti simpan jugak dalam blog aku sebagai koleksi.

ROME - Pemain Terbaik Dunia 2007 Kaka melengkapkan perpindahan dari kelab Serie A Itali AC Milan ke Real Madrid kelmarin, demikian pengumuman kedua-dua kelab tersebut.

Pemain Brazil berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak enam tahun bersama kelab gergasi Sepanyol itu dengan bayaran yang dilaporkan mencecah 65 juta euro (RM319.70 juta), namun kedua-dua kelab enggan mengesahkan jumlah sebenar. .

Jika jumlah tersebut adalah 65 juta euro, ia merupakan bayaran perpindahan kedua tertinggi di dunia selepas pemain Perancis Zinedine Zidane, yang menyebabkan Real Madrid terpaksa membayar 75 juta euro (RM369 juta) pada 2001.

Kaka menyertai AC Milan dari Sao Paolo pada 2003, menjaringkan 70 gol dalam Serie A dan 23 gol dalam Liga Juara-Juara.

Dia memenangi Liga Juara-Juara 2007 bersama AC Milan, liga Serie A pada 2004, dua kejuaraan Piala Super Eropah dan kejohanan Kelab Piala Dunia pada 2007.

Dia mendapat tawaran perpindahan tertinggi di dunia daripada Manchester City Januari lalu namun menolaknya. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia.

Time kasih Utusan. Mari kita baca suratkhabar utusan selalu. Ceh, promote lak. Tehehehehe... :D

Tu je lah citernyer. So, to all Real Madrid's fans, let's celebrate Kaka's arrival. We say, "Hola!! Bienvenido Kaka!! Muchas gracias! Te agradezco el regalo. Adiós.





Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…